Wednesday, September 15, 2010

Takrifan Produk Kosmetik


An-Nisaa Beauty ingin berkongsi sedikit pengetahuan di sini berkaitan produk kosmetik. Ini adalah kerana terdapat banyak produk-produk yang berada di pasaran yang diiklankan sebagai produk kosmetik tetapi adalah sebaliknya. Sebagai pengguna kita perlu lebih bijak dan berpengetahuan apabila memilih produk kosmetik yang sesuai.

Apakah takrifan produk kosmetik?

Produk kosmetik adalah produk-produk yang digunakan di luar tubuh seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan dalam rongga mulut bagi tujuan membersih, mewangi, mencantik, memperbaiki, melindungi, menjaga dan menghilangkan bau badan.

Semoga anda semua sebagai pengguna mendapat manfaat dari penerangan ini dan bijak dalam memilih produk-produk kosmetik yang bermutu dan berkualiti.

No comments:

Post a Comment