Thursday, September 16, 2010

Kosmetik Halal


Tahukah anda?

Negara kita Malaysia amat berpotensi untuk menjadi pusat global atau hab dunia bagi alat solek dan alat dandanan halal.

Menurut satu tinjauan, kosmetik dan alat dandanan halal telah menyumbang 9% dari pasaran produk halal bagi tahun 2005.

Mengikut data Institut Penjagaan Sains Peribadi Australia, pasaran kosmetik global dianggarkan berjumlah AS 334 bilion manakala pasaran kosmetik halal dunia pula bernilai AS 13 bilion.


sumber : Persidangan Kosmetik dan Alat Dandanan Halal Antarabangsa 2010 di KL pada 13 April 2010.


Justeru itu, marilah sama-sama kita memajukan industri kosmetik dan alat dandanan halal seperti produk Rose Beauty Care kami.

Wednesday, September 15, 2010

Takrifan Produk Kosmetik


An-Nisaa Beauty ingin berkongsi sedikit pengetahuan di sini berkaitan produk kosmetik. Ini adalah kerana terdapat banyak produk-produk yang berada di pasaran yang diiklankan sebagai produk kosmetik tetapi adalah sebaliknya. Sebagai pengguna kita perlu lebih bijak dan berpengetahuan apabila memilih produk kosmetik yang sesuai.

Apakah takrifan produk kosmetik?

Produk kosmetik adalah produk-produk yang digunakan di luar tubuh seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan dalam rongga mulut bagi tujuan membersih, mewangi, mencantik, memperbaiki, melindungi, menjaga dan menghilangkan bau badan.

Semoga anda semua sebagai pengguna mendapat manfaat dari penerangan ini dan bijak dalam memilih produk-produk kosmetik yang bermutu dan berkualiti.

SALAM 1 SYAWAL


AN-NISAA BEAUTY & WELLNESS CENTER INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA BERGEMBIRA DAN BERBAHAGIA MENYAMBUT HARI KEMENANGAN.

"MAAF ZAHIR BATIN"


SERIKAN WAJAH DAN PENAMPILAN ANDA DENGAN PRODUK ROSE BEAUTY CARE KAMI!


Thursday, August 19, 2010

Peta Ke Salon An-Nisaa Beauty & Wellness Centre


Sila rujuk peta di bawah untuk ke lokasi salon An-Nisaa Beauty & Wellness Centre..

Sila "double click" peta di atas untuk "larger view".

Friday, August 13, 2010

Product RB05 - Acne Night Cream

RB05 - Acne Night Cream


Fungsi:

Bertindak sebagai agen rawatan bagi kulit yang berminyak dan berjerawat. Bahan-bahan aktif semulajadi yang terdapat dalam krim ini dapat membantu membunuh bakteria punca jerawat, mengecutkan jerawat, serta menyuburkan kulit dari dalam. Hasilnya jerawat semakin berkurangan, kulit semakin sihat, cerah, gebu, halus dan berseri.

Cara Penggunaan:

Gunakan Acne Night Cream selepas menggunakan toner. Sapu krim di seluruh wajah. Elakkan di kawasan mata Pengunaan malam sahaja.

Product RB04 - Night Treatment Cream

RB04 - Night Treatment Cream


Fungsi:

Bertindak sebagai agen rawatan kulit yang bermasalah seperti kulit kusam, gelap, pigmentasi, bintik-bintik hitam, kulit tidak sekata serta parut. Bahan-bahan aktif semulajadi seperti Licorice Extract yang terdapat dalam krim ini dapat membantu menyuburkan kulit, mencerahkan, menghilangkan parut, melicinkan kulit yang kasar serta merawat segala masalah pada kulit muka dengan selamat dan tanpa kesan sampingan. Hasilnya kulit semakin sihat, cerah, gebu, halus dan berseri.

Cara Penggunaan:

Gunakan Night Treatment Cream selepas menggunakan toner. Sapu krim di seluruh wajah. Elakkan di kawasan mata Penggunaan waktu malam sahaja

Product RB03 - UV Day Cream

RB03 - UV Day Cream


Fungsi:

Bertindak melindungi kulit daripada pancaran sinar Ultra Lembayun UVA dan UVB yang berbahaya dengan berkesan. Cream ini tidak berminyak dan ia dapat dijadikan alas bedak atau foundation sebelum solekan. Kulit lebih cerah, sekata, gebu dan sentiasa berseri.

Cara Penggunaan:

Selepas memakai Skin Toner, sapukan UV Day Cream di seluruh muka sehingga rata. Boleh diikuti dengan bedak dan solekan. Penggunaan siang sahaja.