Thursday, September 16, 2010

Kosmetik Halal


Tahukah anda?

Negara kita Malaysia amat berpotensi untuk menjadi pusat global atau hab dunia bagi alat solek dan alat dandanan halal.

Menurut satu tinjauan, kosmetik dan alat dandanan halal telah menyumbang 9% dari pasaran produk halal bagi tahun 2005.

Mengikut data Institut Penjagaan Sains Peribadi Australia, pasaran kosmetik global dianggarkan berjumlah AS 334 bilion manakala pasaran kosmetik halal dunia pula bernilai AS 13 bilion.


sumber : Persidangan Kosmetik dan Alat Dandanan Halal Antarabangsa 2010 di KL pada 13 April 2010.


Justeru itu, marilah sama-sama kita memajukan industri kosmetik dan alat dandanan halal seperti produk Rose Beauty Care kami.

Wednesday, September 15, 2010

Takrifan Produk Kosmetik


An-Nisaa Beauty ingin berkongsi sedikit pengetahuan di sini berkaitan produk kosmetik. Ini adalah kerana terdapat banyak produk-produk yang berada di pasaran yang diiklankan sebagai produk kosmetik tetapi adalah sebaliknya. Sebagai pengguna kita perlu lebih bijak dan berpengetahuan apabila memilih produk kosmetik yang sesuai.

Apakah takrifan produk kosmetik?

Produk kosmetik adalah produk-produk yang digunakan di luar tubuh seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan dalam rongga mulut bagi tujuan membersih, mewangi, mencantik, memperbaiki, melindungi, menjaga dan menghilangkan bau badan.

Semoga anda semua sebagai pengguna mendapat manfaat dari penerangan ini dan bijak dalam memilih produk-produk kosmetik yang bermutu dan berkualiti.

SALAM 1 SYAWAL


AN-NISAA BEAUTY & WELLNESS CENTER INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA BERGEMBIRA DAN BERBAHAGIA MENYAMBUT HARI KEMENANGAN.

"MAAF ZAHIR BATIN"


SERIKAN WAJAH DAN PENAMPILAN ANDA DENGAN PRODUK ROSE BEAUTY CARE KAMI!