Thursday, September 16, 2010

Kosmetik Halal


Tahukah anda?

Negara kita Malaysia amat berpotensi untuk menjadi pusat global atau hab dunia bagi alat solek dan alat dandanan halal.

Menurut satu tinjauan, kosmetik dan alat dandanan halal telah menyumbang 9% dari pasaran produk halal bagi tahun 2005.

Mengikut data Institut Penjagaan Sains Peribadi Australia, pasaran kosmetik global dianggarkan berjumlah AS 334 bilion manakala pasaran kosmetik halal dunia pula bernilai AS 13 bilion.


sumber : Persidangan Kosmetik dan Alat Dandanan Halal Antarabangsa 2010 di KL pada 13 April 2010.


Justeru itu, marilah sama-sama kita memajukan industri kosmetik dan alat dandanan halal seperti produk Rose Beauty Care kami.

Wednesday, September 15, 2010

Takrifan Produk Kosmetik


An-Nisaa Beauty ingin berkongsi sedikit pengetahuan di sini berkaitan produk kosmetik. Ini adalah kerana terdapat banyak produk-produk yang berada di pasaran yang diiklankan sebagai produk kosmetik tetapi adalah sebaliknya. Sebagai pengguna kita perlu lebih bijak dan berpengetahuan apabila memilih produk kosmetik yang sesuai.

Apakah takrifan produk kosmetik?

Produk kosmetik adalah produk-produk yang digunakan di luar tubuh seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan dalam rongga mulut bagi tujuan membersih, mewangi, mencantik, memperbaiki, melindungi, menjaga dan menghilangkan bau badan.

Semoga anda semua sebagai pengguna mendapat manfaat dari penerangan ini dan bijak dalam memilih produk-produk kosmetik yang bermutu dan berkualiti.

SALAM 1 SYAWAL


AN-NISAA BEAUTY & WELLNESS CENTER INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA BERGEMBIRA DAN BERBAHAGIA MENYAMBUT HARI KEMENANGAN.

"MAAF ZAHIR BATIN"


SERIKAN WAJAH DAN PENAMPILAN ANDA DENGAN PRODUK ROSE BEAUTY CARE KAMI!


Thursday, August 19, 2010

Peta Ke Salon An-Nisaa Beauty & Wellness Centre


Sila rujuk peta di bawah untuk ke lokasi salon An-Nisaa Beauty & Wellness Centre..

Sila "double click" peta di atas untuk "larger view".

Friday, August 13, 2010

Product RB05 - Acne Night Cream

RB05 - Acne Night Cream


Fungsi:

Bertindak sebagai agen rawatan bagi kulit yang berminyak dan berjerawat. Bahan-bahan aktif semulajadi yang terdapat dalam krim ini dapat membantu membunuh bakteria punca jerawat, mengecutkan jerawat, serta menyuburkan kulit dari dalam. Hasilnya jerawat semakin berkurangan, kulit semakin sihat, cerah, gebu, halus dan berseri.

Cara Penggunaan:

Gunakan Acne Night Cream selepas menggunakan toner. Sapu krim di seluruh wajah. Elakkan di kawasan mata Pengunaan malam sahaja.

Product RB04 - Night Treatment Cream

RB04 - Night Treatment Cream


Fungsi:

Bertindak sebagai agen rawatan kulit yang bermasalah seperti kulit kusam, gelap, pigmentasi, bintik-bintik hitam, kulit tidak sekata serta parut. Bahan-bahan aktif semulajadi seperti Licorice Extract yang terdapat dalam krim ini dapat membantu menyuburkan kulit, mencerahkan, menghilangkan parut, melicinkan kulit yang kasar serta merawat segala masalah pada kulit muka dengan selamat dan tanpa kesan sampingan. Hasilnya kulit semakin sihat, cerah, gebu, halus dan berseri.

Cara Penggunaan:

Gunakan Night Treatment Cream selepas menggunakan toner. Sapu krim di seluruh wajah. Elakkan di kawasan mata Penggunaan waktu malam sahaja

Product RB03 - UV Day Cream

RB03 - UV Day Cream


Fungsi:

Bertindak melindungi kulit daripada pancaran sinar Ultra Lembayun UVA dan UVB yang berbahaya dengan berkesan. Cream ini tidak berminyak dan ia dapat dijadikan alas bedak atau foundation sebelum solekan. Kulit lebih cerah, sekata, gebu dan sentiasa berseri.

Cara Penggunaan:

Selepas memakai Skin Toner, sapukan UV Day Cream di seluruh muka sehingga rata. Boleh diikuti dengan bedak dan solekan. Penggunaan siang sahaja.

Product RB02 - Skin Toner

RB02 - Skin Toner


Fungsi:

Berfungsi melengkapkan langkah penjagaan wajah. Bertindak menutup pori-pori kulit yang terbuka semasa mencuci kulit muka. Menyeimbangkan PH kulit pada tahap yang sesuai serta melembapkan kulit.

Cara Penggunaan:

Letakkan Skin Toner pada kapas muka dan sapu pada kulit wajah. Digunakan selepas mencuci muka.

Product RB01 - Whitening Soap

RB01 : Whitening Soap


Fungsi:

Bertindak membersihkan segala kekotoran, debu, minyak serta menanggalkan sel-sel kulit mati dengan berkesan. Bahan-bahan semula jadi yang terdapat dalam sabun pembersih bukan sahaja membersihkan wajah dengan efektif, malah menjadikan kulit lebih anjal, lembap, cerah, gebu, halus dan licin.

Cara Penggunaan:

Basahkan kulit muka dengan air, gosok sabun pembersih sehingga berbuih dan cuci muka sehingga bersih dan bilas. Pengunaan siang dan malam.

Monday, August 9, 2010

Jom Singgah Di Salon An-Nisaa

Jika anda tinggal berhampiran BATU PAHAT, sudi-sudikan singgah ke Salon An-Nisaa yang menawarkan perkhidmatan Rawatan Wajah, Rawatan Badan dan Rawatan Rambut dengan harga yang amat berpatutan.


Di manakah lokasi salon kami?

Salon An-Nisaa Beauty boleh dikunjungi di Taman Maju, Batu Pahat.

Jika anda datang dari arah Batu Pahat melalui Jalan Kluang, belok ke kiri di Jalan Tan Swee Hoe. Kemudian belok ke kanan di Jalan Taman Maju Timur 1 setelah anda nampak Farmasi Era Baru.

Jika anda datang dari arah Tongkang Pechah melalui Jalan Bukit Pasir, belok ke kiri di Jalan Tan Swee Hoe. Kemudian belok ke kiri lagi di Jalan Taman Maju Timur 1.





Salon yang bersih menjadi keutamaan kami.




Ruang menunggu giliran yang selesa untuk anda.


JANGAN SEGAN-SEGAN, KAMI DI SALON AN-NISAA MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA SEBAGAI PELANGGAN YANG KAMI HORMATI. KEPUASAN PELANGGAN MENJADI KEUTAMAAN KAMI.

Friday, July 30, 2010

Adakah JERAGAT Menghantui Hidup Anda?

Ramai di kalangan kita yang mempunyai masalah jeragat. Jeragat telah menyebabkan mereka hilang keyakinan untuk berada di khalayak ramai, sesama jiran tetangga, di pejabat dan di tempat awam.

Apa itu JERAGAT?

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit. Di kalangan masyarakat terutamanya Melayu, jeragat adalah merupakan tompok hitam atau pigmentasi pada kulit.


Jeragat ada berapa jenis?

Tiga jenis :

1) seborrhoeic keratoses - timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup

2) melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit

3) skin tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher


Menurut Dr Noraziah Abdul Kadir Jailani (gambar di bawah), salah seorang pakar dermatologi terkenal di negara ini, "jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat."


Dr Noraziah Abdul Kadir Jailani
Pakar Perunding Perubatan dan Dermatologi
(sumber : Utusan online)


Adakah anda menghadapi masalah jeragat? Jika YA, produk Rose Beauty Care boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkannya.


sumber : e-kesihatan.blogspot.com

Wednesday, July 21, 2010

... ROSE BEAUTY CARE FOR YOU ...


ANDA MENGALAMI MASALAH KULIT?
  • Jeragat
  • Jerawat
  • Kulit sensitif
  • Kulit kusam
  • Kulit rosak akibat pemakaian produk kimia dan pengelupasan

SUDAH MENCUBA PELBAGAI PRODUK KECANTIKAN NAMUN HASIL YANG DIIDAMKAN TIDAK MEMUASKAN?


Hamamelis Virginiana

Juga dikenali sebagai American witch hazel yang banyak terdapat di benua Amerika. Info dan maklumat lanjut tentang bunga ini boleh diakses di URL berikut.


PRODUK ROSE BEAUTY CARE MERUPAKAN PRODUK KECANTIKAN YANG DIRUMUSKAN DARIPADA BAHAN-BAHAN SEMULA JADI
  • Tanpa bahan kimia berbahaya seperti Hydroquinone, Tretinoin, Raksa dan lain-lain
  • Tanpa pengelupasan
  • Diluluskan KKM dan dijamin selamat
  • Ekstrak tumbuhan seperti bunga Hamamelis Virginiana dan Anthemis Nobilis
  • Formulasi dari bahan berkualiti tinggi
  • Berkesan dalam masa yang singkat

Anthemis Nobilis

Ingin tahu lebih lanjut tentang tumbuhan di atas? Klik di sini.


BERTUKARLAH KEPADA PRODUK KECANTIKAN ROSE BEAUTY CARE HARI INI DAN ALAMILAH PERUBAHAN KETARA DI WAJAH ANDA SEAWAL 2 MINGGU


ROSE BEAUTY CARE ... KULIT BERSIH, CERAH, GEBU & SIHAT ...


KKM = Kementerian Kesihatan Malaysia